Jumaat, 18 November 2011

TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA!!!


Debaran adik-adik dan ibu ayah adik-adik yang menduduki peperiskaan UPSR 2011 telah pun berakhir. Keputusan UPSR 2011 telah pun keluar pagi tadi walau pun ada yang dah tahu lebih awal lagi melalui semakan keputusan UPSR 2011 melalui SMS dan online.

Mudahnya zaman sekarang ni, dengan teknologi yang ada dan hanya dengan kos yang sangat rendah, keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM boleh diketahui lebih awal hanya di hujung jari.

Adik-adik yang berjaya cemerlang dengan mendapat 5A, dah bersedia nak ke sekolah berasrama penuh, yang kurang berjaya akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan yang berhampiran dengan rumah masing-masing.
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang memperolehi 5A dan bagi yang kurang berjaya, ini bukan bererti anda tidak cemerlang, cuma mungkin kurang persediaan dan kesedaran untuk itu di masa-masa hadapan perlu menambah lagi usaha untuk mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang akan menentukan masa hadapan kita.

Di sana sini orang sibuk bertanyakan keputusan UPSR sanak saudara dan rakan-rakan. Ada yang tersenyum lebar dan tak kurang yang tersipu-sipu nak beri jawapan.

Hidup ini tidak berhenti selepas UPSR sahaja, samada berjaya cemerlang atau tidak, usaha perlu dipertingkatkan lagi di masa-masa hadapan dalam menghadapi cabaran dan persaingan yang semakin suka

3 ulasan: