Isnin, 17 Oktober 2011

Contoh Soalan Kertas 2 (Penulisan)

















  • Pada cuti semester yang lalu, anda dan keluarga telah bercuti di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.Tulis suatu karangan mengenai percutian tersebut.
  • Sekolah anda telah mengadakan “Minggu Keselamatan Jalan Raya”.Sebagai wakil murid, anda diminta menyampaikan ucapanmengenai kebaikan program tersebut.Sediakan teks ucapan tersebut.
  • Semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Tulis suatu syarahan yang bertajuk “ Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah”.
  • Baru-baru ini sekolah kamu telah menjayakan program hari Kantin. Kamu dikehendaki menyediakan laporan mengenai program tersebut.
  • Hari sudah lewat petang, kami mendayung sampan untuk pulang ke rumah. Sedang kami mendayung itu tiba-tiba ........................
  • Anda telah terpilih untuk menyampaikan ucapan sempena hari kanak-kanak.Tajuk ucapan anda ialah "Keselamatan Jalan raya Adalah TanggungjawabPengguna." Sediakan teks ucapan tersebut.
  • Kamu bercita-cita menjadi seorang pelajar cemerlang. Tuliskan bagaimana kamu akan mencapai cita-cita kamu.
  • Menyertai kegiatan kokurikulum lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan. Sebagai seorang pembangkang, kamu dikehendaki menyediakan hujah-hujah kamu.
  • Anda telah menghadiri satu majlis perayaan. Tuliskan sepucuk surat kepada teman anda yang tinggal di luar negara yang ingin tahu bagaimana perayaan itu disambut.
  • Berikan pendapat kamu, bagaimanakah barang-barang terbuang dapat memberi faedah kepada manusia.

2 ulasan: