Isnin, 10 Oktober 2011

Bahasa Melayu Kertas Dua

Contoh Karangan Bahagian C :

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ketika sedang mengemas meja di warung makan ayahku, tiba-tiba
aku ternampak sebuah telefon bimbit di atas meja. Aku melihat sekeliling
untuk memastikan jika ada pelanggan di warung ayahku. Namun, ketika
itu tiada sesiapa pun di situ.
Aku membelek-belek telefon itu untuk melihat keadaannya. Telefon itu
masih baru dan berjenama terkenal. Aku pasti bahawa telefon itu milik
Encik Abu, pelanggan tetap warung ayahku. Pagi tadi, aku lihat dia
tergesa-gesa bersarapan pagi sebelum bergegas ke tempat kerjanya.
Tanpa berlengah, aku mengambil keputusan untuk mengembalikan
telefon itu kepada Encik Abu. Aku segera pergi ke pejabat Encik Abu
yang terletak tidak jauh dari warung ayahku.
Encik Abu berasa amat gembira ketika aku mengembalikan telefon
itu kepadanya. Beliau berasa amat terhutang budi dan mengucapkan
terima kasih kepadaku. Beliau mahu memberiku RM50.00 sebagai tanda
terima kasih. Pemberiannya itu kutolak dengan baik kerana aku tidak
mengharapkan sebarang balasan.

Jawapan :

1.Rajin membantu ayah untuk meringankan bebannya
2. Bersikap jujur dengan memulangkan hak orang lain
3. Membuat keputusan yang bijak demi kebaikan semua pihak
4. Ikhlas memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan
5. Mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan



Bahasa Melayu Kertas Dua

Contoh Karangan Bahagian B :

Contoh Karangan dan Format Laporan :

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.


          Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.

          Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.

          Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

          Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut  Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.


          Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat,Cikgu  Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.


Disediakan oleh,                                                                 25 Januari 1996


_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.



Bahasa Melayu Kertas Dua

Contoh Karangan Bahagian B :

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kedatangan pendatang asing ke negara ini. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

         


Bahagian
Huraian
Pendahuluan


Mengapa
Kemasukan pendatang asing ke negara ini sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.

Negara kita banyak menyediakan peluang pekerjaan.
Isi 1


Mengapa

Kesan
Kedatangan mereka menimbulkan masalah pengangguran terhadap pekerja tempatan.

Mereka mengambil peluang pekerjaan yang ada.

Pengagguran penduduk tempatan menimbulkan masalah kepada negara.
Isi 2


Mengapa

Kesan
Masalah lain yang timbul ialah pembinaan rumah-rumah setinggan.

Mereka tidak mampu membeli atau menyewa rumah.

Akan mencacatkan pemandangan dan membawa imej buruk kepada  negara.
Isi 3


Mengapa

Kesan
Pendatang asing akan menyebabkan berlakunya pengaliran keluar mata wang ke luar negara.

Untuk menyara kehidupan keluarga mereka di sana.

Negara kita akan kerugian berbilion-bilion ringgit pada setiap tahun. Menjejaskan ekonomi negara
Isi 4


Mengapa


Kesan
Masalah jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini semakin menjadi-jadi.

Kerana ingin mendapatkan wang secara mudah serta akibat ketiadaan pekerjaan.

Keselamatan penduduk tempatan kerap terancam dan mereka sering berada dalam ketakutan.
Penutup
Kedatangan pendatang asing banyak menimbulkan masalah terhadap penduduk di negara ini.
Cadangan
Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang secara tegas bagi membendung kemasukan mereka.
Harapan
Agar keharmonian hidup penduduk di negara ini dapat dikekalkan.


Bahasa Melayu Kertas Dua


Contoh Karangan Bahagian A :

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 


1. Gambar di atas menunjukkan situasi para penjual dan para pembeli di sebuah pasar minggu.

2. Seorang lelaki sedang berurusan dengan penjual sate, dia hendak membeli sate ayam. 

3. Seorang ibu dan dua orang anaknya hendak membeli minuman sejuk daripada sebuah gerai. 

4. Seorang wanita ingin membeli sehelai baju, dia sedang tawar-menawar harga baju tersebut.

5. Orang ramai lebih gemar membeli-belah di pasar minggu kerana harganya lebih berpatutan. 


Contoh Karangan Bahagian A :

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.



1.Beberapa orang anggota keluarga sedang melakukan aktiviti di ruang tamu rumah mereka.

2.Ayah sedang membaca ruangan tertentu di surat khabar sambil berehat pada hari itu.

3.Ibu pula sedang menjahit pakaian, beliau juga merupakan seorang tukang jahit yang mahir.

4.Abang menunjuk ajar dan membimbing adik bongsunya menyelesaikan masalah Matematik.

5.Adik pula sedang tekun dan bersungguh-sungguh menerima tunjuk ajar daripada abangnya. 

Jumaat, 30 September 2011

Tatabahasa : Simpulan Bahasa


  • Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.  
  • Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang.   
  • Contoh :  
Simpulan Bahasa
Maksud

banyak mulut

suka bercakap
besar kepala
degil
otak cair
cerdik
ringan mulut
peramah
tangkai jering
kedekut

Tatabahasa : Penjodoh Bilangan

  • Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan.
  •  Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Pengimbuhan : Awalan, Akhiran

  • Contoh-contoh kata yang menggunakan awalan juru-, dan pra-,.


Awalan
Kata Dasar
Awalan + Kata Dasar
Juru-
rawat
jururawat
teknik
juruteknik
bahasa
jurubahasa
latih
jurulatih
selam
juruselam

Awalan
Kata Dasar
Awalan + Kata Dasar
Pra-
sejarah
prasejarah
sangka
prasangka
kata
prakata
syarat
prasyarat
sekolah
prasekolah

  • Contoh-contoh kata yang menggunakan akhiran –man dan -wan


Akhiran
Kata Dasar
Kata Dasar + Akhiran
-man
seni
seniman
budi
budiman

Akhiran
Kata Dasar
Kata Dasar + Akhiran
-wan
harta
hartawan
usaha
usahawan
cendekia
cendekiawan
budaya
budayawan
juta
jutawan