Jumaat, 30 September 2011

Tatabahasa : Simpulan Bahasa


  • Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.  
  • Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang.   
  • Contoh :  
Simpulan Bahasa
Maksud

banyak mulut

suka bercakap
besar kepala
degil
otak cair
cerdik
ringan mulut
peramah
tangkai jering
kedekut

Tatabahasa : Penjodoh Bilangan

  • Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan.
  •  Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Pengimbuhan : Awalan, Akhiran

  • Contoh-contoh kata yang menggunakan awalan juru-, dan pra-,.


Awalan
Kata Dasar
Awalan + Kata Dasar
Juru-
rawat
jururawat
teknik
juruteknik
bahasa
jurubahasa
latih
jurulatih
selam
juruselam

Awalan
Kata Dasar
Awalan + Kata Dasar
Pra-
sejarah
prasejarah
sangka
prasangka
kata
prakata
syarat
prasyarat
sekolah
prasekolah

  • Contoh-contoh kata yang menggunakan akhiran –man dan -wan


Akhiran
Kata Dasar
Kata Dasar + Akhiran
-man
seni
seniman
budi
budiman

Akhiran
Kata Dasar
Kata Dasar + Akhiran
-wan
harta
hartawan
usaha
usahawan
cendekia
cendekiawan
budaya
budayawan
juta
jutawan

        

Selasa, 27 September 2011

Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah Malysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam Pendidikan Rendah.
Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah  (KBSR).